Inspirasi
Cekap Urus COVID-19, Datuk Dr Noor Hisham Dinobatkan Antara 3 Doktor Terbaik

Rakyat Malaysia dilihat terus bersyukur kerana kerajaan dilihat cekap mengatasi pelbagai masalah dan mengemukakan pelbagai inisiatif kepada penduduk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berlangsung.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham antara barisan tulang belakang negara yang dinanti-nanti kemunculannya di tv melaporkan status serta laporan harian kes COVID-19.
Malah, ketenangan, kematangan serta personaliti Datuk Dr Noor Hisham dalam melaksanakan tanggungjawab beratnya cukup terserlah sangat menyenangkan hati ramai. Hari ini dilaporkan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham telah dinobatkan antara 3 doktor terbaik yang cekap menghentikan penyebaran virus COVID-19 di dunia oleh China Global TV Network.
Beliau bersama tiga lagi doktor perubatan negara luar, menerima banyak pujian selama bulan yang lalu kerana menjadi sumber maklumat dan fakta yang dipercayai kepada negara masing-masing
Malah, Dr Noor Hisham turut dipuji kerana komited dalam tugas dan sering mengwar-warkan maklumat terkini menerusi platform media sosialnya sendiri. Walaupun sudah lanjut malam, beliau dilihat masih memuat naik maklumat penting dan kesedaran kepada orang awam.
Disebabkan itu, keperibadian Dr Noor Hisham turut jadi pujian dan China Global TV Network menyatakan bahawa rakyat Malaysia sangat beruntung memiliki pemimpun sepertinya.
Selain beliau, Dr Anthony Fauci dari Amerika dan Ashley Bloomfield dari New Zealand juga dinobatkan antara tiga doktor yang terbaik dan komited dalam mengatasi wabak COVID-19 ini.
Tahniah Datuk. Rakyat Malaysia sesungguhnya berbangga!
Sumber: Malay Mail.

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit