Connect with us

Berita

Catat Suhu Panas Sehingga 45 Darjah Celcius, 510 Warga Sepanyol Terkorban

CikKoin

Diterbitkan

pada

Institut Kesihatan Carlos III (ISCIII) memaklumkan cuaca panas melampau sehingga mencecah 45 darjah Celcius yang melanda di Sepanyol telah mengorbankan seramai 510 nyawa.

Difahamkan, antara 10 hingga 16 Julai telah mencatatkan angka kematian paling tertinggi iaitu sebanyak 150 kes berbanding dengan sebelum ini, 15 hingga 60 kes yang direkodkan dari 10 hingga 13 kes Julai yang lalu.

Peningkatan jumlah kematian telah membuktikan keadaan cuaca panas yang berlaku di beberapa buah bahagian negara itu sangat kritikal dan ia dijangka kes kematian akan meningkat apabila gelombang haba itu yang semakin mengganas.

Dalam pada itu, keadaan lebih merisaukan apabila sebanyak 321 daripada 510 kes kematian yang terkesan akibat cuaca panas itu adalah golongan warga emas yang berusia 85 tahun ke atas.

Bukan itu sahaja, dua pekerja perbandaran di Madrid telah meninggal dunia akibat strok haba bahkan, selain kematian dalam kalangan warga emas, ia turut berlaku dalam kalangan warga yang masih muda.

Malah, anggota penyelamat bomba dan penggembala juga mendapat nasib yang sama apabila mereka disahkan meninggal dunia ketika kebakaran hutan yang berlaku di Sepanyol serta beberapa kawasan lain di selatan Eropah.

Sumber: Malaysia Gazette

Facebook Comments

Sambung Baca
Advertisement

Trending