Infozon
Catat 31,000 Kes COVID-19, Warga Asing Perlu Tunjuk Bukti Vaksin Sebelum Masuk Indonesia

Indonesia berterusan merekodkan lonjakan kes positif baharu COVID-19 setelah melepasi angka 31,000 kes hari ini, iaitu jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.
Sebanyak 728 lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam, iaitu jumlah kematian harian tertinggi direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini meningkat kepada 61,868 orang.
Catat kes tertinggi sejak kes COVID-19 pertama
Menurut data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia hari ini, sebanyak 31,189 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini sebanyak 2,345,018.
Update Infografis percepatan penanganan COVID-19 di Indonesia per tanggal 6 Juli 2021 Pukul 12.00 WIB.#BersatuLawanCovid19 pic.twitter.com/PD05brXPqA
— BNPB Indonesia (@BNPB_Indonesia) July 6, 2021
Sejak 3 Julai lalu hingga 20 Julai, pemerintah Indonesia mengetatkan lagi protokol kesihatan COVID-19 dengan menguatkuasakan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) di Pulau Jawa dan Bali.
Antara peraturan PPKM Darurat adalah penutupan pusat-pusat membeli belah, penerapan 100 peratus bekerja dari rumah bagi sektor non essential, penutupan rumah-rumah ibadat, pembelajaran dari rumah sepenuhnya, larangan majan di restoran, kedai makan atau warung (dine in) dan tempat-tempat pelancongan dan rekreasi ditutup.
Difahamkan lagi, mulai hari ini semua warga asing yang masuk ke Indonesia wajib memiliki sijil vaksin, selain menjalani ujian swab.
Warga negara asing yang tiba di Indonesia diwajibkan menjalani kuarantin selama 8 hari dengan 2 kali ujian swab, iaitu ketika tiba dan satu lagi swab pada hari ketujuh kuarantin.
Sumber: BERNAMA

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit