Connect with us

WTF

“Cara Nak Kenal GF Saya” -Gadis Coret Kertas Ujian Khas Buat Teman Lelaki

Setiap orang pasti punyai cara dan idea tersendiri untuk menghargai pasangan mereka. Namun, ia seperti sudah menjadi satu trend dalam kalangan anak muda untuk menunjuk dan mendedahkan hubungan percintaan mereka terutamanya dalam media sosial.

Di laman Twitter, seorang gadis telah memuat naik ‘kertas ujian’ yang mengandungi soalan-soalan mengenai perihal dirinya. Kertas ujian tersebut telah dibuat sendiri oleh gadis berkenaan untuk diberikan kepada teman lelakinya.

Ujian khas untuk teman lelaki!

Kertas ujian berkenaan dilihat mengandungi 4 halaman utama yang wajib dijawab oleh teman lelakinya itu. Lebih melucukan, ujian berkenaan dinamakan sebagai “Cara Nak Kenal Girlfriend Saya”.

https://twitter.com/ShanisShhya/status/1205417755228327936

Agak memeranjatkan apabila gadis berkenaan, dilihat membuat sendiri kertas ujian itu dengan hanya menggunakan tulisan tangan.

“Jangan minta clue eh, orang lempang karang!”

Disebabkan usaha gigih gadis berkenaan ia telah menerima pelbagai pendapat dan padangan menerusi ruangan komen. Ramai menasihati gadis terbabit agar melakukan perkara yang lebih berfaedah kerana usianya yang masih lagi muda.

Sehingga kini, posting berkenaan telah mendapat hampir 6000 perkongsian dan lebih 13,500 tanda suka oleh para netizen.

Rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan gadis berkenaan, yang menyediakan ujian untuk menguji minda teman lelakinya berkenaan.

Bukankah lebih baik fokus pada diri dan keluarga sendiri dahulu daripada membahagiakan orang lain?

Sumber: Shanis.

 

Continue Reading
Advertisement

Trending