Infozon
Cara Mudah Mengenali Berus yang Diperbuat Dari Bulu Babi

Berikutan rampasan pihak berkuasa terhadap berus yang disyaki dibuat daripada bulu babi, rasanya pengguna patut tahu bagaimana untuk membezakan, mengenali dan mengetahui rupa berus dan juga produk yang diperbuat daripada bulu babi.
Ramai daripada pengguna sebenarnya tidak mengetahui bahawa kebanyakan berus murah yang diimport daripada China dibuat dari bulu babi.
Rampasan pihak berkuasa juga mendapati peniaga tidak mengasingkan berus cat yang dibuat dari bulu babi dengan berus biasa dan tidak meletakkan tag.
Pemeriksaan yang dibuat juga menemui berus cat yang menggunakan logo halal dan sijil halal palsu.
Berus bulu babi dirampas berdasarkan bulu yang bercabang pada hujung bulu berus tersebut.
Jadi, bagaimana cara untuk kita mengenali dan mengetahui berus, sama ada berus untuk mewarna mahupun berus untuk peralatan bersolek yang dibuat daripada bulu babi?
Ciri-ciri bulu babi:
1. Bulunya bercabang dihujung.
2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3. Sukar ditanggalkan atau cepat rosak.
4. Lebih mudah diperolehi berbanding bulu haiwan lain.
Info tentang bulu babi
1. Bulu [email protected]
Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends).
Bristle daripada wilayah Chungking, China, dikatakan adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.
2. Bulu kambing
Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir dan bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.
Kaedah Pengesahan Produk Dari Bulu Babi
Antara kaedah yang selalu diguna pakai untuk mengetahui dan mengesan kulit atau bulu babi adalah:
1. Ujian bakar – Apabila dibakar,bau yang terhasil seperti rambut terbakar.
2. Ujian kelarutan – Menggunakan pelarut khas iaitu 5% Sodium Hidroksida, kalau larut maknanya ada unsur haiwan dalam sampel.
3. Rupa bentuk fizikal – Mempunyai 3 lubang ianya boleh dilihat menggunakan Mikroskop, sama ada lubang itu tembus atau tidak. Kalau kulit haiwan lubang tembus hingga ke dalam.
Kesimpulan
Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain. Mungkin ada hikmah disebaliknya agar umat Islam dapat mengetahui dan membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya.
Jadi, berhati-hatilah. Insyaa Allah dengan izinnya, semoga kita semua sentiasa dilindungi.
Sumber: MrJocko

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit