Connect with us

Infozon

Cara mudah kumpul duit kahwin RM30,000 dalam masa 4 tahun

Gua buat ASBF masa mula kerja. Gaji bersih RM1400. Gua mula dengan buat LASB RM50K. Lepastu tambah ASBF RM50K dengan RM100K terus.

Nak melabur ni kena tengok kekuatan kewangan kau. Jangan ikut orang. Kalau kau nak ada banyak simpanan, kau kena banyak menyimpan.

Ini contoh game plan gua dulu:

1. 2012 (Umur 23)
Tahun pertama gua buat LASB RM50K.
Yang ni gua compounding. Iaitu ansuran bulanan bayar duit sendiri.

2. 2013 (Umur 24)
Tahun kedua gua tambah lagi ASBF RM50K. Yang ni pun gua bayar guna gaji. Kalau tak cukup, gua tarik guna duit dividen juga.

3. 2014 (Umur 25)
Tahun ketiga gua buat terus ASBF RM100K. Kalau ada duit lebih memang gua bayar guna duit sendiri. Tapi banyak guna duit rolling dividen je. ASB limit sorang RM200K sahaja.

4. 2015 (Umur 26)
Gua terminate pada tahun keempat dan dapat,

Dividen pada tahun 2015 ialah 7.25%.

7.25% X RM200K = RM14,500

Compounding dividen sijil 1 & sijil 2 RM50K (36 bulan) = RM11,600

Pulangan prinsipal LASB RM50K (36 bulan) = RM3100
Pulangan prinsipal ASBF RM50K (24 bulan) = RM2000
Pulangan prinsipal ASBF RM100K (12 bulan) = RM2000

Jumlah kasar dalam 4 tahun: RM14,500 + RM11,600+RM3100+RM2000+RM2000= RM33,200]

Pening bukan? Itu gua cakap. Ini game plan gua. Korang tak boleh ikut. Setiap orang lain game plan dia. Kalau kau minat gua boleh cipta game plan khas untuk kau jika kau jadi client ASBF gua secara percuma.

Game plan gua compounding+rolling dividen. Kalau gua dapat gaji sedap sikit bulan tu sebab kerja lebih masa, memang gua bayar guna duit sendiri je.

Senang cerita, kalau gaji cukup, gua bayar semua komitmen ASB tu guna gaji. Kalau tak cukup barulah gua tarik daripada dividen ASB.

Untuk mula melabur memang kau kena ada matlamat. Berapa kau mampu simpan semua tu. Itu penting kau ada bajet kewangan sendiri dulu.

Tapi, gua cadangkan kau simpan duit setahun dua guna instrumen ASBF. Lepastu terminate dan beli rumah untuk pelaburan. Harga rumah sentiasa naik. Dividen ASB ada naik turun.

Kau kena ada sekurang-kurang deposit 15% untuk beli rumah subsale. Nak main lelong pun kau kena yakin bank tak akan tolak pembiayaan perumahan kau. Sebab kau ada tempoh tiga bulan je nak setelkan baki harga rumah tu.

Bab dapat duit dengan beli hartanah tu elok kau pergi seminar. Nak dapat cashback, mark up loan tak boleh cerita secara terbuka. Tu teknik rahsia tu.

Nak melabur ni jangan terus terjah je. Belajar ilmu sedikit sebanyak. Walaupun takde orang guide dulu, gua banyak membaca dan buat kajian.

Sekadar perkongsian dan cetusan idea untuk korang yang duk harapkan kerajaan turunkan harga rumah tu. Kah!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending