Infozon
Cara Membuat Tuntutan Akibat dilanggar Dengan Kenderaan yang Tiada Insurans

Pernah alami kecederaan akibat dilanggar dengan kenderaan yang tiada pelindungan insurans dan kemudian, pemilik kenderaan tersebut tidak mahu bertanggungjawab dengan mengatakan ianya bukanlah kesalahan dia.
Adoi. Sudahlah cedera disebabkan kecuaian orang lain, takkan mahu gunakan duit sendiri untuk membayar bil perubatan? Tidak adillah sekiranya ianya bukan kesalahan kita. Jadi persoalannya di sini, dari manakah kita boleh buat tuntutan insurans?
Sebenarnya, ramai yang tidak tahu caranya, Jadi aku mahu beritahu. Kes seperti ini boleh dibuat tuntutan dari Motor Insurers’ Bureau (MIB)
Apaah MIB? Syarikat insurans?
Bukan. MIB ini merupakan sebuah dana khas yang bertujuan untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan oleh kenderaan yang tidak memiliki perlindungan insurans.
MIB dapat duit dari mana?
MIB memperoleh duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB.
Ooo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?
Sebelum buat claim dengan MIB kena faham butiran-butiran penting ini terlebih dahulu:
- Tuntutan ke atas MIB boleh dibuat secara peribadi atau melalui peguam.
- MIB tidak lagi menerima kes langgar lari. Sebaliknya, penuntut wajib ketahui nombor pendaftaran kenderaan yang melanggar.
- Tuntuan mesti buat di dalam tempoh 3 tahun dari tarikh kejadian.
- Jika kita melantik peguam dan mahu menyaman kenderaan itu, mesti maklumkan kepada MIB 30 hari sebelum failkan saman.
- MIB hanya bayar kecederaan fizikal sahaja. Kerosakan kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tidak lindungi.
- Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.
Okay jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB semasa membuat tuntutan:
1. Surat kepada MIB mengandungi butiran kejadian, sebab untuk membuat tuntutan dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Laporan polis.
3. Laporan polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
4. Laporan perubatan.
Hantar dokumen di atas ke:
Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910
Pernah dilanggar kenderaan yang tiada insurans

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit