Infozon
Cara daftar haji guna akaun KWSP secara percuma yang tak ramai orang tahu

Untuk pengetahuan semua, ada akaun Tabung Haji tak bermakna korang dah mendaftar untuk menunaikan Haji.
Yang betul, kena buat pendaftaran Haji dulu supaya nama kita dimasukkan dalam senarai yang berdaftar dan diberikan tarikh peruntukan Haji.
Kalau ikut laman web Tabung Haji, kena ada deposit sebanyak RM1,300 dulu baru boleh daftar untuk Haji.
Sebenarnya ada cara untuk kita daftar Haji, tanpa perlu keluarkan duit satu sen pun.
Cara yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan Akaun 1 KWSP untuk tujuan ni.
Syarat syarat:
1. Sudah mempunyai akaun Tabung Haji.
2. Jumlah dalam akaun 1 KWSP melebihi RM1,300
Cara cara:
1. Pergi ke mana2 kiosk kwsp, print penyata kewangan semasa. Boleh juga print dari laman web kwsp.
2. Pergi ke mana2 cawangan tabung haji, pilih daftar haji di kaunter number, tunggu sehingga number dipanggil.
3. Nanti, just bawa penyata kwsp dan kad pengenalan. Awal2 tu ingat kena bawak buku akaun tabung haji jugak, rupanya xperlu.
4. Lepas sign dan cop jari, selesai proses pendaftaran.
Soalan:
Adakah jumlah dalam akaun 1 akan ditolak RM1300 untuk tujuan pendaftaran?
Jawapan:
Tidak. Pak cik yang kerja tabung haji tu cakap, diorang just nak tengok kelayakan kita sahaja.
Untung kan untuk orang2 yang tak ada kekuatan kewangan lagi. Sementara nak tunggu giliran tu sangaaaat lambat, jadi kalau dah cukup syarat awal2 tadi boleh la pakat2 daftar.

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon12 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF12 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit