Connect with us

Inspirasi

Calon Tunggal Raih 9A SPM, Anak Penjaja Kuih Hadiahkan Kejayaan Buat Mak

Tiada perkara yang lebih menyenangkan hati para ibu bapa, lebih-lebih lagi melihat anak-anak mereka berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam akademik mereka. Doa daripada ibu bapa, sudah tentunya antara salah satu punca kejayaan yang dirasai oleh anak-anak ketika ini.

Anak kepada penjual kuih dan goreng pisang, Adam Ibrahim hari ini berjaya menghadiahkan sebuah kejayaan kepada ibunya dengan memperolehi keputusan yang sangat cemerlang dalam SPM 2019. Lebih membanggakan, dia juga merupakan calon tunggal yang meraih 9A daripada 169 calon SPM 2019.

Tak sangka dapat keputusan begitu!

Menimba ilmu di SMK Sri Pantai Kuala Lumpur, tidak terjangka akan menerima keputusan seperti ini. Adam hadir pada hari ini bersama kedua-dua ibu bapanya untuk melihat detik bersejarah ini.

Ibunya Puan Zabedah dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja keputusan peperiksaan anaknya itu diumumkan. Malah ibunya itu sempat melakukan sujud syukur diatas kerusi ditempat duduknya itu.

Besarkan anak2 dengan duit jualan kuih

Jelas ibu kepada Adam, anak bongsunya itu sememangnya seorang anak yang baik dan juga ringan tulang. Malah, Adam juga tidak pernah merungut untuk menolongnya membungkus nasi lemak dan melakukan kerja-kerja rumah.

Usaha ibunya seakan-akan berbaloi apabila Adam berjaya meraih keputusan yang cemerlang dan SPM.

Tiada perkara yang lebih membanggakan ibu bapa apabila melihat anak-anak berjaya dalam hidup didepan mata. Segala penat lelah dan usaha ibarat terbalas apabila anak-anak berjaya buktikan kejayaan mereka.

Sumber: Remaja.

Continue Reading
Advertisement

Trending