Connect with us

Cute

Cabaran ‘Work From Home’, Ayah Terpaksa Sellotape Anak Di Lantai Sebab Nakal

Demi untuk membendung gejala Covid-19, di kebanyakkan negara masih lagi menjalankan tempoh berkurung dan perintah kuarantin di rumah.

Justeru, pelbagai sektor telah diarahkan untuk menutup pejabat mereka dan membenarkan para kakitangan bekerja daripada rumah masing-masing.

Namun, untuk sesetengah orang khusus yang sudah berkeluarga, banyak juga cabaran yang kena dihadapi apabila bekerja daripada rumah ini.

Ayah sellotape anak nak sambung kerja

Seperti seorang bapa dari Thailand ini, bertindak melekatkan anak perempuan berusia yang masih kecil itu ke lantai menggunakan sellotape.

Maka si ibu yang ketika itu sedang memasak geli hati melihat gelagat anak beranak itu, telah memuat naik gambar memaparkan si ayah sedang bekerja menggunakan komputer sementara anak pula tenang baring di atas lantai dengan sellotape di badan.

Nakal eak…

Berdasarkan gambar keadaan kerusi terbalik dan mainan yang berterabur, sudah dapat kita jangka si kecil itu memang agak nakal.

Susah juga nak kawal anak yang tengah buas lebih-lebih ketika sedang bekerja, mungkin daripada situlah tercetusnya idea si ayah. Sudahnya tak pasal-pasal kena sellotape adik comel itu.

Sumber : World Of Buzz

Continue Reading
Advertisement

Trending