Connect with us

Inspirasi

Buta Sejak Lahir, Tak Halang OKU Cacat Penglihatan Hafal 30 Juzuk Al-Quran

Sebagai manusia biasa, sangat beruntung apabila dilahirkan dalam keadaan dan tubuh badan yang sempurna. Tubuh badan yang sempurna ini pastinya memudahkan kita untuk melakukan kerja dan tugas seharian tanpa mengharapkan ihsan yang lain.

Namun, terdapat segelintir insan dalam dunia ini telah diuji sejak lahir lagi. Antara ujian yang menimpa adalah, apabila dilahirkan dalam keadaan kurang upaya (OKU). Walaupun terlahir dalam keadaan yang tidak sempurna, golongan ini dilihat lebih gigih berusaha berbanding dengan manusia yang normal.

Seorang lelaki OKU cacat penglihatan Muhammad Asyid Abu Bakar, yang kini 27 tahun berjaya mengecapi kejayaan unggul iaitu menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

Bapa anak satu ini dilaporkan sudah membaca Al-Quran sejak dari bangku sekolah lagi. Dia dahulunya, diajar membaca Al-Quran oleh seorang guru yang celik penglihatan dengan menggunakan Al-Quran Braille.

Malah, dia juga merupakan bekas pelajar Madrasah An-Noor For The Blind, yang terletak di Afrika Selatan. Muhammad Asyid Abu Bakar menyambung pengajian ke tempat itu selepas tamat pengajian di madrasah tempatan. Perbelanjaan sepanjang pengajiannya di Afrika Selatan itu, telah di tanggung sepenuhnya oleh madrasah tempatan berkenaan.

Setalah 5 tahun pengajian, akhirnya Muhammad Asyid Abu Bakar berjaya menghafal kesemua surah yang ada dalam kitab suci Al-Quran ini. Dia juga sering diundang untuk menjadi imam terutamanya pada bulan Ramadan, dan pada masa yang sama menjadi pengajar untuk anak-anak tahfiz.

Muhammad Asyid Abu Bakar juga menyatakan hasratnya untuk membuka sebuah Mahaad Tahfiz di Ipoh khas untuk pelajar buta yang berminat. Diharapkan hasratnya ini akan tercapai suatu hari nanti dengan bantuan dan juga sokongan orang ramai.

Sumber: Youtube.

Continue Reading
Advertisement

Trending