Connect with us

WTF

Buta Ditembak Masa Rusuhan, Wartawan Saman Polis Hong Kong

Setelah mata kanannya buta terkena tembakan peluru getah oleh polis anti rusuhan Hong Kong, wartawan Indonesia membuat keputusan untuk memfailkan saman terhadap pihak bertangunggjawab.

Mangsa, Veby Mega Indah nekad mengemukakan surat saman bagi menuntut kecuaian setelah mendakwa pihak polis enggan menyiasat lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.

Menurut wanita berusia 39 tahun itu, dia percaya bahawa pihak polis sengaja melengahkan siasatan kerana keterangan yang diberi begitu jelas dan nyata.

Mengimbau kembali tragedi berkenaan pada Oktober lalu, Veby menyangka nyawanya telah melayang selepas mendengar teriakan dan jeritan rakan media.

Peguamnya Michael Vidler mengesahkan anak mata kanan wanita itu pecah akibat tembakan yang menembusi kaca mata lalu menyebabkan dia mengalami buta kekal.

Veby bekerja sebagai editor akhbar Suara Hong Kong News yang merupakan akhbar tempatan bagi rakyat Indonesia yang bekerja di Hong Kong.

Sumber : Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending