Connect with us

Infozon

Buta Angkara Bedilan Israel, Dunia Anjur Solidariti Buat Wartawan Palestin

Baru-baru ini telah tular satu video seorang wartawan bebas Palestin telah disahkan buta kerana terkena peluru logam yang dibedil rejim Zionis.

Buta dibedil Israel

Pengamal media itu dikatakan ditembak tepat kearah mata kirinya hingga mengalami cacat kekal ketika berada di satu tunjuk perasaan di Tebing Barat Israel.

Dikecam hebat dunia

Mu’ath Amarneh yang sedang membuat tugasan melaporkan keadaan semasa tunjuk perasaan tersebut telah ditembak sehingga parah pada matanya. Walaupun diberi rawatan di hospital, namun matanya tetap tidak dapat diselamatkan.

Oleh hal tersebut, tindakan biadap tentera Israel itu telah mengakibatkan warga dunia mengecam kejadian tersebut. Ramai pihak menyeru organisasi antarabangsa untuk mengambil tindakan terhadap kes tersebut.

Oleh hal yang demikian, menggunakan  hastag ‘MuathEye’, ‘EyeofTruth’ dan ‘MuathAmarneh’ ramai pihak telah melakukan solidariti dengan menutup sebelah mata mereka sebagai tanda agar insiden yang menimpa pemuda itu dibela.

Timbalan Editor Asing The National

Antara yang memuat naik gambar dengan menggunakan hastag tersebut adalah aktivis Palestin, wartawan penyiaran, editor akhbar serta orang awam di pelosok dunia.

Aktivis Palestin turut sama bersolidariti

Dunia bersuara

Bersolidariti semasa membaca berita

Melalui solidariti yang dilakukan, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengecam tindakan tersebut dan akan memastikan kebajikan pemuda itu terus terbela serta mendapat rawatan sewajarnya.

Sumber : Twitter

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending