Connect with us

WTF

Burung Mati Bertaburan Di Tanah Setelah IPU Jerebu Cecah Tahap Kritikal

Masalah jerebu yang melanda negara kita sejak penghujung Julai yang lalu adalah berpunca daripada kebakaran hutan di Kalimantan, Indonesia.

Fenomena ini bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malah turut beri impak kepada haiwan dan alam sekitar yang terjejas teruk akibat pencemaran udara.

Burung-burung bergelimpangan atas tanah…

Tular sebuah video yang dimuat naik oleh Susan Lankester di laman Twitter, memaparkan berpuluh ekor burung mati di atas jalan. Burung-burung tersebut dipercayai mati akibat pencemaran udara yang teruk.

Mungkin kat Malaysia?

Susan juga turut menyatakan ada kemungkinan kejadian ini berlaku di Kuching, Sarawak. Namun berdasarkan kepada bahasa yang digunakan oleh perakam di dalam video tersebut, kejadian ini dipercayai berlaku di wilayah Indonesia yang pada ketika ini  indeks pencemaran udara sudahpun mencecah paras merbahaya.

Kalimantan lagi parah!

Di dalam sebuah video yang lain yang, seorang pengguna Twitter telah berkongsikan suasana jerebu yang teruk melanda Kalimantan. Video tersebut telah dirakam semasa indeks IPU di Kalimantan mencecah sehingga 1,000.

Pihak berkuasa Indonesia pada ketika ini sedang bertungkus-lumus mengerahkan anggota keselamatan mereka untuk mengawal keadaan dengan memadamkan api kebakaran hutan di wilayah Sumatera dan Kalimantan.

Sumber : Twitter

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending