Infozon
Bukti Perjuangan Demi Palestin, Briged Al-Qassam Keluarkan Video Lagu Rasmi Pasukan

Sebut sahaja tentang pasukan tentera Palestin, mesti dalam kepala korang terdetik mengenai HAMAS, betul tak?
Istimewanya sayap ketenteraan HAMAS, iaitu Briged Al-Qassam bukan sahaja berani berperang menentang rejim Israel, malah mereka juga cenderung membangunkan senjata berat sendiri seperti roket dan sebagainya.
Siapa sangka, pejuang rakyat Palestin itu yang dulunya mempertahankan diri dengan menggunakan batu dan bom petrol kini memiliki senjata berat bagi memberi tentangan terhadap keganasan rejim Israel.
Walaupun tahap kemusnahan senjata dihasilkan tidak sama dengan roket rejim Israel, namun kesan psikologinya tetap sama, menggerunkan musuh.
Briged Al-Qassam berjuang demi Palestin
Nak dijadikan cerita seperti yang ramai tahu, baru-baru ini Palestin dan Israel telah mengumumkan gencatan senjata.
Justeru itu, rakyat Palestin meraikan kemenangan kecil mereka dengan mengadakan sambutan Aidilfitri di sekitar Masjid Al-Aqsa dan membina semula rumah serta kedai yang telah musnah akibat serangan zionis.
Bagaimanapun, bukan rakyat sahaja yang gembira, akan tetapi Briged Al-Qassam turut meraikan kemenangan itu dengan mengeluarkan satu video lagu rasmi pasukan tersebut.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna yang sentiasa berkongsi maklumat tentang keadaan terkini di Palestin, @JatIkhwan berkongsi video berkenaan.
Menyanyi beramai-ramai disaksikan rakyat Palestin
Menerusi video terbabit, dapat dilihat pasukan tentera Al-Qassam sedang berdiri tegak dan menyanyikan lagu rasmi mereka beramai-ramai sambil disaksikan oleh rakyat Palestin.
Video pendek berdurasi 1 minit itu sudah pasti membuatkan penonton berasa gentar dan tersentuh melihat wajah serta susuk tubuh insan-insan yang sanggup menumpahkan darahnya berjuang demi pembebasan tanah Palestin.
Di samping itu, bagi memudahkan semua orang memahami maksud lagu dengan lebih mendalam, @JatIkhwan turut berkongsi video berserta kapsyen lirik lagu dalam bahasa Inggeris.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum dengan aura dan semangat ‘jihad’ yang ditunjukkan oleh Briged Al-Qassam dalam video itu.
Selain itu, mereka turut mendoakan agar ahli pasukan mereka sentiasa diberi kekuatan oleh Allah SWT kerana memperjuangkan Al-Aqsa.
Meremang dengar lagu ni
Rasa semangat berjuang
Semoga diberi kekuatan dan kemenangan
Bersemangat dengar lagu ni
Semoga segala usaha dipermudahkan
Secara umum, Briged Al-Qassam mempunyai seramai 30,000 keanggotaan.
Walaupun jumlahnya tidak besar, namun sehingga kini ketenteraan Israel yang memiliki seramai 720,000 keanggotaan masih tidak mampu melumpuhkan pertahanan Briged Al-Qassam. Hebat!
Sumber: Twitter @JatIkhwan

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit