Connect with us

WOW

Bukan Suka2 ‘Conteng’, Pemuda Hasilkan Mural Wajah PM Penuh Dinding!

Tidak dinafikan ramai rakyat Malaysia yang memiliki pelbagai skill dan kreativiti dalam mengekspresikan sesuatu benda yang bermain di fikiran mereka.

Begitu juga bagi seorang pelukis mural, Firdaus Nordin apabila berjaya menghasilkan potret wajah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sebuah dinding yang terletak di Taman Cahaya Alam, Shah Alam.

Walaupun sekadar ‘throwback’ setelah dihasilkan bulan lalu, namun karya tersebut masih menjadi perhatian warganet di laman Instagram yang memuji kehebatan pemuda lulusan Seni Halus dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

Terbaik!

Nampak ‘power’!

Cantik hasil karya!

Dia turut ‘menconteng’ wajah Allahyarham Yus Jambu dan Abam Bocey bagi mengasah skill sedia ada demi menghasilkan seni yang lebih luar biasa dan berharga!

Sumber : Firdaus Nordin

Continue Reading
Advertisement

Trending