Connect with us

Infozon

Bukan Sekadar Bedak, Ini Dia Kegunaan Lain Bedak Bayi yang Kita Tidak Tahu

Bedak bayi sering digunakan untuk mengelak rengsa pada kulit dan juga menyegarkan badan. Namun, tahu tak korang terdapat beberapa fungsi lain bedak bayi ni. Korang mesti tak terfikir rupanya tu kegunaan lain dia. Mehh tengok apa kegunaan lain bedak bayi.

1. Deodorant

Tak salah gunakan bedak bayi sebagai deodorant. Laman Popsugar menyatakan, bedak berfungsi menyerap peluh dan mengelakkan bau badan yang tak menyenangkan.

2. Penghalau serangga

Korang mesti ada masalah semut sering datang hurung makanan kan? Korang just taburkan sikit bedak bayi dekat kawasan tingkat dan juga pintu supaya menjadi penghalang kepada semut.

3. Waxing

Sapukan bedak bayi dulu dikawasan yang korang nak waxing untuk mengurangkan rasa sakit. Cara ni memang berkesan, tak caya korang cuba lah.

4. Syampu kering

Rambut korang melekit dan berminyak? Taburkan sikit bedak bayi pada rambut dan urut kepala korang beberapa minit. Lepastu sikat kemas-kemas rambut korang tu. Bedak ni dipercayai dapat menyerap minyak pada rambut.

5. Barang kemas

Rantai dan barang kemas korang bersimpul-simpul? Korang cuma taburkan bedak bayi untuk membantu meleraikannya.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending