Connect with us

Inspirasi

Bukan Sahaja Produk Tenusu, Farm Fresh Kini Hasilkan Daging Segar Premium

Jenama Farm Fresh yang sudah semestinya menjadi pilihan dan telah menambat hati rakyat Malaysia. Farm Fresh dikini menjadi kegeraman rakyat Malaysia disebabkan oleh produknya menepati citarasa penduduk tempatan dan kualiti setanding dengan buatan produk import.

Kini dimaklumkan bahawa, selain menjual produk tenusu Farm Fresh juga menjual daging segar dari ladang milik mereka sendiri.

“Inilah masanya untuk lihat betapa mantapnya food security kita…”

Perkara ini juga telah dikongsikan oleh, Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh, Azmi Zainal bahawa Rompin Beef iaitu jenama daging segar premium keluaran syarikatnya telah mula dijual di pasaraya AEON.

Rompin Beef segar dari ladang sendiri!

Pada mulanya ramai menolak, kini…

“Apa jadi kalau negara import tak nak jual…”

Beliau mengakui bahawa pihaknya kini tidak menang tangan untuk membekalkan daging segar untuk pasaraya dan stokis bagi memastikan bekalan mencukupi terutama sekali dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Pada peringkat awalnya mulanya banyak tempat yang menolak untuk pasarkan Rompin Beef ini tetapi kini ia mula mendapat tempat dikebanyakan syarikat.

Penularan wabak COVID-19 di negara ini bukan sahaja dapat menguji betapa bagusnya Malaysia tangani isu tersebut tetapi juga menonjolkan kehebatan food security di Malaysia yang pasti ramai tidak diketahui ramai.

Sumber: Vocket.

Continue Reading
Advertisement

Trending