Connect with us

Inspirasi

Bukan Fikir Untung, Pak Mail Jual Kuih 10 Sen Satu Untuk Buat Amal

Usia bukanlah penghalang untuk seseorang itu meneruskan hobi atau perkara yang disukainya. Seperti warga emas berusia 73 tahun, dikenali sebagai Pak Mail, yang menjalankan perniagaan disambil beramal.

Bukanlah keuntungan yang diambil kira, Pak Mail mengusahakan perniagaan menjual jemput-jemput pelbagai perisa di Jalan Kampung Melayu, Kluang, Johor, hanya mengenakan bayaran 10 sen satu.

Jual kuih sara 12 anak tanpa isteri

Setelah kematian isteri 23 tahun yang lalu, Pak Mail yang tidak berkahwin lain membesarkan 12 orang anak-anaknya dengan hasil titik peluhnya menjalan perniagaan menjual kuih.

“Allahuakbar, hanya Allah sahaja yang mengetahui… Macam orang gila jaga anak…”

Buka kedai setiap hari & jual murah

Meskipun kini anak-anak sudah besar, namun Pak Mail masih juga mahu beniaga walaupun sudah beberapa kali dilarang oleh anak-anaknya.

Kedai Pak Mail memang menjadikan tarikan ramai kerana dia dibuka setiap hari dan semua kuih dijual dengan harga yang murah dan sedap. Jadi tidak hairanlah, Pak Mail mampu menjual hampir 2,000 biji jemput-jemput sehari.

Jemput percuma sepanjang Ramadan…

Berniaga sambil beramal, difaham sejak lima tahun lepas apabila menjelang bulan Ramadan, Pak Mail akan membuka gerai dan memberi jemput-jemput percuma kepada orang ramai yang berkunjung.

Kisah Pak Mail ini yang disiarkan menerisi saluran Youtube FS Channel mendapat perhatian ramai, malah pihak FS Channel sanggup membayar kesemua jemput-jemput untuk disedekahkan kepada orang ramai.

Senario seperti inilah sepatutnya menjadi inspirasi kepada masyarakat di luar sana, agar saling bantu-membantu. Kerana, dalam setiap rezeki mungkin ada juga rezeki orang lain.

Sumber: FS Channel

Continue Reading
Advertisement

Trending