Connect with us

Cute

Bukan Biasiswa NASA, Kanak2 Comel Bergaya Sakan Pakai Sut Angkasawan

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan kisah seorang pemuda yang didakwa mendapat biasiswa dari NASA sehingga menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.

Namun, ternyata khabar angin itu palsu kerana individu tersebut mengakui bahawa dirinya menjadi mangsa penipuan scammer selang beberapa hari selepas ramai yang meragukan ‘biasiswa’ yang dimaksudkan olehnya.

Lengkap sut angkasawan

Tidak mahu ketinggalan dalam isu viral ketika ini, seorang pengguna Twitter telah memuat naik gambar anak kecilnya yang lengkap berpakaian seperti seorang angkasawan di media sosial.

Gambar-gambar itu kelihatan sangat comel kerana kanak-kanak tersebut lengkap dengan sut serta logo ‘NASA’ di kasutnya.

NASA sponsor ke sponsor NASA?

Perkongsian daripada Amymedussa itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata memuji kecomelan anaknya mengenakan sut tersebut dan tidak ketinggalan berseloroh dengan isu viral ketika ini.

Sumber : Amymedussa

Continue Reading
Advertisement

Trending