Connect with us

Inspirasi

Budaya Murid Salam Guru2 Termasuk ‘Guard’ Dah Lama Jadi Rutin Harian

Kisah mengenai budaya salam oleh murid-murid di Sekolah Kebangsaan Luagan, Keningau Sabah yang tular di laman media sosial telah mendapat perhatian ramai.

Pihak sekolah tersebut mendapat pujian warganet kerana berjaya mendidik anak murid mereka untuk menunjukkan sikap saling hormat-menghormati.

Budaya penyayang… segalanya tidak berubah. Rutin harian yang tetap diteruskan walaupun tular sejak beberapa hari ni….

Posted by SK Luagan, Keningau on Sunday, November 10, 2019

Walaupun tular sejak kebelakangan ini, budaya mereka masih diteruskan kerana sudah terbiasa melaksanakan amalan kesopanan tersebut.

Setiap murid di sekolah terbabit akan bersalaman dengan guru-guru, kakitangan sekolah termasuklah pengawal keselamatan.

Ingat lagi video yang admin up sblm ni berkaitan pelajar SK Luagan, Keningau salam cium tangan pak guard mrk. Ini ada…

Posted by Sabah Edition on Monday, November 11, 2019

“Amalan cium tangan orang lebih tua memang menjadi rutin sekolah setiap hari,” – pengawal keselamatan, Dali Udan.

Rata-rata netizen memberikan komen positif terhadap pihak sekolah dan murid-murid tersebut kerana memupuk sikap kasih sayang dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Itulah tindakan yang sepatutnya dididik sejak dari kecil supaya mereka dapat menghargai dan menghormati orang yang lebih tua.

Sumber : SK Luagan , Sabah Edition

Continue Reading
Advertisement

Trending