Connect with us

WOW

Budak2 UiTM Mahu Dato’ Rizalman Pegang Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM?

Gara-gara menyuarakan pendapat dan mengulas isu bantuan yang diterima golong berpendapatan rendah, B40, ahli perniagaan Vivy Yusof sehingga kini masih menerima kecaman netizen sehingga trending di media sosial.

Namun kemarahan netizen dilihat masih belum reda dan kini terdapat satu petisyen yang diwujudkan pihak Alumni Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) khas buat usahawan itu. Difahamkan, petisyen tersebut dibuat bertujuan untuk menggesa usahawan tersebut meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah di UiTM.

“Tukarlah Vivy Yusof tu pergi ke Dato’ Rizalman…”

Dalam pada masa yang sama, ramai yang dilihat mengutarakan pendapat agar menggantikan Vivy Yusof dengan Dato Rizalman sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Dato’ Rizalman menjadi pilihan ramai bukan sahaja kerana seorang usahawan serta pereka fasyen yang tersohor, malah beliau juga merupakan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Seni Lukis Dan Seni Reka (Fasyen) kelahiran UiTM.

Dato’ Rizalman alumni terbaik UiTM!

“Ramai je alumni UiTM yang berjaya…”

Sudah tentunya, perkara ini menjadi bualan hangat terutamanya buat alumni-alumni UiTM dan juga pelajar-pelajarnya. Ramai juga dilihat menyokong dengan cadangan menjadikan Dato’ Rizalman sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Dato’ Rizalman memang alumni UiTM…

“Dato’ Rizalman jauh lebih layak!”

Ramai yang dilihat bersetuju…

“Amik Vivy buat apa, diakan alumni UiTM…”

Ekoran isu dan kritikan yang melanda usahawan tersebut, Vivy Yusof menyatakab bahawa dia sama sekali tidak berniat mahu memperlekehkan mahupun menghina golongan B40.

Sebaliknya dia hanya mahu memperjuangkan nasib peniaga-peniaga SME yang juga sedang berhadapan dengan kerugian.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending