Connect with us

WTF

Budak Perempuan 11 Tahun Diperkosa Ketika Belajar Mengaji Oleh Imam Di Masjid

Sejak dari dulu lagi, banyak kes kekejaman yang melibatkan kanak-kanak bawah umur, terjadi bagaikan tiada kesudahan. Sama ada kes penderaan, penculikan, perdagangan dan sebagainya, sering kali berlaku kepada anak-anak yang malang sehingga boleh meragut nyawa mereka.

Di Paskitan kini, sedang hangat dengan kes yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan, yang dilaporkan telah dirogol oleh guru agamanya, dan juga merupakan seorang iman di sebuah masjid.

Disebabkan itu, kes ini telah menjadi tumpuan dan tular hampir seluruh dunia dalam media sosial.

Pergi masjid untuk belajar mengaji…

Budak perempuan yang dikenali sebagai Afsana ini, telah dirogol oleh iman tersebut di Masjid Pano Aqil, Pakistan. Masjid tersebut sering kali sering kali dikunjunginya dan kana-kanak yang lain untuk belajar mengaji Al-Quran.

Dah berlaku banyak kali!

Lebih mengejutkan, perkara ini bukan sahaja terjadi sekali, malah sudah berkali-kali guru agama berkenaan melakukan perkara terkutuk itu. Tambah Afsana lagi, dia melakukan perkara berkenaan dengan menutup pintu dan tingkap sambil menekup mulut mangsa dengan tangan.

Bapa bongkarkan kejadian sebenar

Sebuah video kenyataan daripada bapa Afsana telah tersebar meluas di media sosial. Bapanya menyatakan bahawa anaknya telah di rogol sebanyak tiga kali dan menyebabkan Afsana berasa tidak sihat dan sakit-sakit dibahagian anggota badannya.

Dia telah membawa perkara ini ke pihak berkuasa dan pada masa yang sama, anak perempuannya itu dibawa oleh mereka menjalani pemeriksaan di hospital.

Kes ini telah menimbulkan kemarahan diserata dunia dan kebanyakannya mahu memperjuangkan keadilan buat Afsana.

Sumber: INCPAK.

Continue Reading
Advertisement

Trending