Connect with us

Infozon

Budak Palestin Diculik Pelampau Yahudi, Mayat Ditemui Dalam Tangki Menyayat Hati

Mayat seorang kanak-kanak Palestin ditemui di dasar sebuah tangki di bandar berkenaan yang dipercayai menjadi mangsa culik sebelum dibunuh oleh beberapa pendatang haram Zionis.

Menerusi laporan The Jerusalem Post, mayat Qais Abu Ramila dari kawasan kejiranan Beit Hanina ditemui Sabtu lalu sehari selepas keluarganya melaporkan kehilangan kanak-kanak tersebut.

“Kanak-kanak terbabit kali terakhir dilihat menaiki sebuah kereta,” kata akhbar itu memetik kenyataan pihak polis Israel.

Ibu bapa dan keluarga percaya kanak-kanak berusia lapan tahun itu diculik pelampau Yahudi setelah mendakwa mempunyai rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) sekaligus mengesahkan bahawa Qais telah diculik.

Menerusi laman Twitter, warganet menzahirkan kemarahan dan kesedihan mengenai tragedi menimpa kanak-kanak yang tidak berdosa itu.

Jenazah diarak orang ramai

Salam takziah

Lokasi penemuan mayat

Video kenangan Qais Abu Ramila

Sumber : The Jerusalem Post , Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending