Connect with us

WOW

Budak 8 Tahun Jadi Bintang Youtube Terkaya 2019 Dengan Meraih RM107 Juta

Zaman sekarang ramai yang mula menjana pendapatan mereka melalui media sosial seperti Instagram, Twitter, Youtube dan sebagainya.

Tidak terkecuali dengan seorang kanak-kanak lelaki dimana dia berjaya menerima sebanyak RM107 juta menerusi saluran Youtube.

Jadi jutawan di usia 8 tahun

Ryan Kaji yang berusia 8 tahun itu berjaya menjana pendapatan sejumlah demikian setelah dia mempunyai sembilan saluran Youtube dibawah naungan syarikat keluarganya.

Antara nama saluran Youtubenya adalah Ryan’s World, Ryan’s World Español, Ryan’s World in Japanese, EK Doodles, Ryan’s Family Review, Vtubers, Combo Panda, Gus the Gummy Gator dan The Studio Space.

Ternyata, dengan menjadi bintang Youtube profesional yang melakukan review permainan terkini dan popular di pasaran mampu menjadikan dirinya seorang jutawan.

Saluran Youtubenya kini telah memperoleh sebanyak 22.9 juta subscribers dan saluran tersebut dikelolai oleh dua puluh lapan orang pekerja syarikat Sunlight Entertainment.

Selain daripada menjadi bintang Youtube, Ryan juga bintang dalam siri terbaru yang disokong oleh media kanak-kanak iaitu pocket.watch.

Sumber :Economictimes , Toybook  

Continue Reading
Advertisement

Trending