WTF
Budak 6 Tahun Diabai Di Rumah Dipenuhi ‘Najis’, Makan Makanan Kucing Untuk Hidup

Baru-baru ini, satu cerita menyayat hati tular di serata dunia berkenaan seorang kanak-kanak perempuan yang diabaikan di rumah yang dipenuhi ‘najis’ oleh ibu kandungnya sendiri.
Memetik laporan Daily Star, kanak-kanak berumur 6 tahun itu ditinggalkan bersama 19 ekor kucing dan dikatakan terpaksa makan makanan kucing untuk meneruskan hidup.
Hidup seperti seekor kucing
Dia telah berjaya diselamatkan pihak berkuasa namun ditemukan dalam keadaan menyedihkan di sebuah unit apartment yang sangat kotor dan jijik terletak dan bergelumang dengan sampah serta najis di Taldom, Rusia.
Hanya boleh merangkak dan tak boleh bercakap
Bukan itu sahaja, dia juga cuma boleh merangkak dan tidak boleh bercakap tetapi hanya akan memberi reaksi sekiranya dipanggil seperti seekor kucing, ‘kitty kitty’.
Menurut pihak polis, kanak-kanak malang itu dipercayai ditinggalkan oleh ibu kandungnya yang berusia 34 tahun bersama seorang lelaki dikenali sebagai Alexander sebelum ibunya keluar dari rumah 5-6 hari sebelumnya.
Jurucakap polis, Tatiana Petrova memberitahu bahawa sewaktu pihak polis sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan, mereka terserempak dengan lelaki itu yang terus melarikan diri ketakutan.
“Pegawai polis dari unit rondaan mengesan seorang lelaki yang mencurigakan, apabila terserempak dia cuba menyembunyikan diri dan memasuki sebuah rumah yang terletak di Jalan Saltykov-Shchedrin.
“Polis mengekorinya kemudian menemui tiga individu termasuk kanak-kanak malang berkenaan,” katanya.
Ibu telah ditahan bagi siasatan lanjut
Ibu kepada kanak-kanak itu yang bernama Alprika telah pun ditahan oleh pihak polis atas dakwaan pengabaian kanak-kanak.
Difahamkan lagi, buat masa ini kanak-kanak itu telah dihantar ke pusat perubatan untuk rawatan lanjut. Kes tersebut kini masih dalam siasatan Jawatankuasa Penyiasatan Rusia.
Sumber: Daily Star (Will Stewart & Tom Towers)

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit