Infozon
‘Bubble Helmet’ Bantu Pesakit Kritikal Covid-19 Di Itali Untuk Bernafas

Bilangan kes dan kematian akibat Covid-19 di Itali semakin meningkat bagai tiada penghujungnya. Sebanyak 59,138 kes dan dengan jumlah kematian seramai 5,476 orang dilaporkan.
Petugas perubatan di negara itu sedang berjuang dan melawan virus tersebut dengan menggunakan ‘bubble helmet’ untuk merawat pesakit kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan.
Helmet tersebut membantu menyamakan tekanan udara di paru-paru namun agak sulit untuk kakitangan perubatan berkomunikasi dengan pesakit.
Tambahan pula, helmet lut sinar dan kedap udara itu menunjukkan bahawa ia mampu membantu pesakit kritikal untuk bernafas dengan baik selain mempunyai peluang untuk hidup.
Helmet ini juga dikenali sebagai ventilator yang merupakan alat bantuan pernafasan yang membantu bagi membawa oksigen ke dalam paru-paru dan mengeluarkan karbon dioksida dari badan.
Pakar Universiti Chicago telah menguji alat tersebut pada tahun 2016 dan mendapati mereka melakukan perubahan besar untuk pesakit yang menghidap Acute respiratory distress syndrome (ARDS).
Kelebihan helmet ini adalah meningkatkan tekanan udara dalam helmet dan mengekalkan laluan udara dan paru-paru terbuka serta menambah kebaikan tahap oksigen dalam badan.
Ia juga lebih selesa, senang untuk menggunakannya kerana tidak menyentuh muka dan pesakit dapat melihat dengan jelas ketika menonton, bercakap atau membaca.
Sumber: Mail Online

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit