Connect with us

Cute

Buat Mimik Muka Menyampah & Malas Layan, Netizen Geli Hati Dengan Bayi Ini

Sudah menjadi lumrah sebagai pasangan suami isteri, pasti akan menantikan kehadiran cahaya mata yang menjadi penyeri dalam menjalani kehidupan rumah tangga.

Bahkan, setiap pasangan mengalami perasaan bercampur baur apabila menanti detik sebelum melahirkan cahaya mata terutama bagi mereka yang menimang zuriat pertama.

Menerusi perkongsian video yang tular di Twitter, memaparkan mimik muka seorang bayi yang disifatkan lucu dan membuatkan ramai turut terhibur melihat telatahnya.

Dia ‘expect’ lebih ke ni?

Advertisement

Menerusi perkongsian jejaka yang berasal dari Afrika Selatan itu, dapat dilihat bayi yang sedang berada dalam dakapan ibunya menjeling dan memandang atas bawah selain membuat reaksi muka ‘menyampah’ serta pelik dengan keadaan sekeliling.

Video yang berdurasi 17 saat itu menerima jutaan tontanan dan puluhan ribuan tanda suka dalam kalangan warganet yang turut terhibur dan geli hati melihat riak wajah bayi comel tersebut.

Bila kau tak dilahirkan dalam keluarga senang

Kenapa ‘fed up’ sangat, baru sejam

Wah nampak macam terkejut, mungkin nak biasakan diri lagi. Tapi memang tersengih bila tengok mimik muka yang seakan-akan ‘malas nak layan’ tu!

Sumber: Twitter @CommeIvoir

Continue Reading
Advertisement

Trending