Connect with us

Inspirasi

Buat Julung Kali UAE Cipta Sejarah, Perkenal Angkasawati Pertama Di Dunia Arab

Buat julung kalinya, negara Arab berjaya melahirkan seorang angkasawati apabila negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) memaklumkan berita tersebut pada 7 Julai lepas.

Wanita bernama Nora Al Matrooshi itu telah diperkenalkan sebagai salah seorang anggota program angkasa lepas UAE bersama seorang lagi angkasawan bernama Mohammad Al Mulla.

Angkasawati Arab pertama

Memetik laporan Kompas, kedua-dua mereka telah memulakan latihan dalaman yang berlangsung sehingga Disember ini selepas menyertai ‘Kelas Calon Angkasawan NASA 2021’.

Nora menjelaskan bahawa dia sudah memasang cita-cita untuk menjadi seorang angkasawan sejak kecil justeru itu dia nekad menyertai program tersebut.

Impian jadi angkasawan tertunai

“Motivasi saya di sebalik pendaftaran ke program angkasa lepas Emiriah Arab Bersatu adalah kerana ia merupakan impian saya sewaktu kecil dan keinginan saya untuk menjadi seorang angkasawati,” ujarnya.

Selain itu, wanita berusia 28 tahun berkenaan turut mendedahkan ahli keluarga serta negaranya memberi sokongan padu buat dirinya untuk mencapai cita-cita tersebut.

Untuk maklumat semua, Nora memiliki latar belakang sebagai seorang lulusan kejuruteraan mekanikal dan kini sedang bekerja di Syarikat Pembinaan Petroleum Nasional Abu Dhabi.

Sumber: KOMPAS (Aditya Jaya Iswara), firstpost.com (Agence France-Presse)

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending