Connect with us

Inspirasi

Buat IVF Setelah 8 Tahun Berkahwin, Wanita Sebak Disuruh Buang Rahim

Memiliki cahaya mata pastinya menjadi impian pasangan yang berkahwin. Namun bukan semuanya diberikan rezeki untuk memiliki zuriat.

Begitulah nasib pasangan ini yang  masih tidak mempunyai cahaya mata meskipun sudah 8 tahun berkahwin.

Keinginan seorang wanita yang dikenali sebagai Novyandi untuk menimang cahaya mata terbawa-bawa sehingga ke dalam mimpi. Hal ini mendorong beliau untuk melakukan program bayi tabung uji (IVF) selepas 8 tahun perkahwinannya.

Walau bagaimanapun, setelah menjalani pemeriksaan kesihatan, Novyandi terpaksa akur dengan keputusan yang diterimanya yang mendapati beliau bukan sahaja tidak boleh melakukan IVF, malah dikehendaki menjalani proses hysterectomy iaitu pembuangan rahim.

Dalam video yang dikongsikan itu, suami Novyandi dilihat cuba memujuk dan mententeramkan isterinya yang menangis setelah membaca keputusan pemeriksaan.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Novyandi (@novyandi)

Walau apapun yang terjadi, Novyandi tetap bersyukur kerana dikurniakan suami yang sentiasa menyokong dan memberikan semangat kepadanya. Namun kata-kata suaminya itu meruntun hati beliau.

“Anak itu bukan satu-satu kunci kebahagiaan kita”

Pada akhir perkongsiannya, wanita kuat itu memberitahu bahawa beliau kerap kali mengalami senggugut sejak zaman persekolahan dan tidak menyangka diakhiri dengan rahimnya dibuang. Beliau turut memberi peringatan kepada wanita di luar sana untuk sentiasa peka dengan sistem reproduksi sendiri.

Advertisement

Sumber: Instagram @novyandi

 

Continue Reading
Advertisement

Trending