Inspirasi
Buat Baju Hujan Guna Plastik Sampah, Gadis Sebak Teringat Pengorbanan Bapa

Sewaktu dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan di sekitar Gelang Patah, tiba-tiba air mata gadis ini mengalir setelah mengenang kasih sayang dan pengorbanan dilakukan bapanya.
Mana tidaknya, gadis dikenali sebagai Murnie Mohd Fauzi ini berhargai usaha bapanya yang menghasilkan baju hujan daripada plastik sampah supaya dia tidak terkena hujan ketika menunggang motosikal.
Kisah tersebut dikongsi Murnie di laman Twitter miliknya dengan memuat naik dua keping gambar sehingga meraih 4,300 tanda suka dan diulang kicau lebih 2,200 kali.
Abah buatkan plastik sampah as baju hujan sebab nak hantar makanan kat customer, dalam perjalanan tu aku boleh pulak bergenang air mata. Semoga semua keperitan, hujan panas yang aku lalui selama ni membuahkan hasil satu hari nanti :’) Adik sayang abah dunia akhirat ❤️ pic.twitter.com/8A1ZZJEjVy
— murnie (@murniemohdfauzi) July 13, 2020
“Abah buatkan plastik sampah sebagai baju hujan sebab nak hantar makanan kat pelanggan, dalam perjalanan tu aku boleh pulak bergenang air mata,” tulisnya.
Gadis yang berniaga pelbagai aneka sup dan soto itu berkata, dia berharap agar segala kesusahan serta kepayahan dilalui selama ini akan memberikan hasil satu hari nanti.
“Semoga semua keperitan, hujan panas yang aku lalui selama ni membuahkan hasil satu hari nanti :’) Adik sayang abah dunia akhirat,” katanya.
Warganet rata-ratanya memuji kesungguhan Murnie dalam mencari pendapatan demi keluarga tersayang selain mendoakan dia terus dimurahkan rezeki.
Sumber : Murnie Mohd Fauzi

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit