Connect with us

Berita

Buang Gaya Hidup, Sedia Hadapi Kemelesetan Ekonomi, Wartawan Senior Saran Simpan RM400 Mulai Sekarang

CikKoin

Diterbitkan

pada

Tidak dapat dinafikan, ramai pihak telah terjejas akibat keadaan ekonomi negara yang tidak menentu sehingga menyebabkan masyarakat perlu melakukan lebih daripada satu pekerjaan untuk menampung kos sara hidup.

Bahkan, persediaan dari segi kewangan perlu dilakukan bermula sekarang bagi menghadapi situasi ekonomi yang tidak dapat dijangka dan berkemungkinan akan menjunam teruk pada masa akan datang.

Menurut laporan Malaysia Dateline, seorang wartawan senior yang mempunyai lebih 25 tahun, Zainal Rashid Ahmad melontarkan pandangan peribadinya dengan menasihati umum untuk bijak dalam melakukan perbelanjaan seharian susulan kenyataan lebih 60 peratus ketua pegawai eksekutif (CEO) yang menjangkakan ekonomi dunia menjunam tahun depan.

Katanya, masyarakat dinasihatkan untuk menyimpan RM400 pada setiap bulan sebagai simpanan dengan cara menggelakkan sebarang gaya hidup yang sia-sia serta tidak mendatangkan faedah.

Tambah penerima tujuh Hadiah Kewartawanan dan 42 anugerah sastera itu lagi, masyarakat telah menghabiskan 60 peratus perbelanjaan untuk gaya hidup seperti membeli makanan di tempat yang 30 peratus harga lebih mahal dan 30 peratus lagi untuk kos e-hailing.

Tegasnya, jika perbelanjaan 60 peratus tersebut boleh dikurangkan, orang ramai boleh menggunakan hasil tabungan daripada perbelanjaan gaya hidup itu untuk membeli makanan keperluan seperti susu, beras, kos perubatan ketika berdepan dengan masalah kemerosotan ekonomi.

Bukan itu sahaja, mantan Naib Presiden Kanan Jualan Media di TV AlHijrah itu turut meluahkan kebimbangannya susulan Malaysia masih mengimport ikan, 30 peratus beras, 75  peratus daging dan 89 peratus daging kambing dari luar negara serta golongan yang terlibat dalam membuat unjuran perniagaan agar tidak membuat unjuran berasaskan “mimpi”.

Difahamkan, kos mengimport ikan dari luar negara mencecah RM10 bilion setahun berbanding zaman Tun Daim tahun 1998 berjumlah RM2 bilion.

Malah, negara turut mengalami kekurangan dari segi nelayan laut dalam dan majoritinya adalah nelayan pinggiran laut.

Untuk info, bulan lalu China Global Television Network (CGTN) meramalkan akan berlakunya kemelesetan ekonomi dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang susulan laporan daripada lebih 60 peratus CEO di seluruh dunia.

Majoriti dari CEO tersebut mendedahkan syarikat mereka telah mengalami mengalami kemelesetan ekonomi serta beberapa ahli perniagaan terkenal seperti CEO JPMorgan, Jamie Dimon dan pengasas Tesla (TSLA) Elon Musk turut mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi krisis ekonomi dunia.

Bahkan, Musk juga khuatir dengan keadaan ekonomi semasa ekoran kerugian yang dialaminya berjumlah AS$200 bilion(RM878.41 billion) pada Mei lalu.

Sumber: Malaysia Dateline (Fazli Radzi)

 

Facebook Comments

Sambung Baca
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending