Connect with us

WTF

Buah2 Sering Dikokak, Tupai Malang Dihukum Kejam Oleh Pemilik Dusun

Persatuan Haiwan Malaysia merupakan salah satu platform yang menyebarkan kesedaran dan memperjuangkan hak buat haiwan jalanan serta haiwan-haiwan yang perlu mendapat hak pembelaan. Ramai yang menyokong usaha ini terutamanya bagi menghentikan perbuatan khianat manusia terhadap haiwan-haiwan ini.

Di laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia ini juga turut memaparkan perkongsian orang ramai, kes dan kejadian yang menimpa haiwan malang yang berlaku disekeliling masyarakat hari ini.

“Ini bukanlah cara mengajar tupai…”

Satu lagi perkongsian oleh PHM di Facebook mereka, mengenai kisah seekor tupai yang diikat kedua-dua tangan dan digantung seakan-akan di udara. Perbuatan kejam ini dipercayai dilakukan oleh pemilik kebun yang berang kerana buah-buahannya sering dicuri oleh tupai-tupai di situ.

Pelaku wajar diheret ke mahkamah

Jelas perkongsian berkenaan, tupai berkenaan dilakukan sebegitu untuk menakutkan tupai-tupai lain supaya tidak lagi mencuri buah durian di dusun berkenaan.

 

Pahala percuma pun tak nak ke?

Sudah tentunya perlakukan pemilik dusun ini mencetuskan kemarahan orang ramai. Malah, ramai yang menyatakan bahawa itu bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik kepada masalahya yang menggangu dusunnya itu.

“Otak ada, tapi tak berakal…”

Rezeki Allah bagi, tapi tak nak berkongsi…

“Tak malu ke? Durian tu Allah yang bagi…”

Haiwan memang tiada akal, itu fitrah mereka!

Allah boleh tarik nikmat tu sekelip mata je

Berbaloi ke buat macam ni?

Seloknya, elakkanlah perbuatan untuk menyeksa haiwan-haiwan kerana mereka juga makhluk ciptaan Allah SWT. Diharapkan orang ramai juga jangan jadikan perbuatan ini sebagai satu ikutan

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending