Connect with us

Inspirasi

Buah Pisang Jadi Kek ‘Birthday’, Anak Tetap Gembira Walaupun Mak Ayah Tak Mampu

Meskipun menjalani kehidupan dalam serba kekurangan, pasangan suami isteri di Indonesia ini tetap berusaha menggembirakan hati anak perempuan mereka yang menyambut ulang tahun ke-6, baru-baru ini.

Menerusi posting di laman Instagram Warung Jurnalis, video kanak-kanak berkenaan menyambut hari lahir dihantar oleh bapanya Abdul Manan yang memohon warganet agar mendoakan kesejahteraan si kecil tersebut.

Advertisement

Rakaman berdurasi 28 saat itu memaparkan Clarisa Putri Sabintang teruja bagi meniup lilin dikelilingi dengan perhiasan buah pisang dan limau, seolah-olah seperti sebuah kek yang diletakkan di atas periuk nasi sambil menyanyikan lagu ulang tahun kelahiran.

Berikutan itu, rata-rata warganet terharu melihat Clarisa yang tetap gembira walaupun tidak dibesarkan dalam suasana mewah selain menitipkan kata-kata positif buat keluarga tersebut.

Bagaimanapun, ada juga individu mahu mendapatkan maklumat mengenai keluarga itu yang berhasrat untuk membelikan hadiah atau menghulur sedikit bantuan.

Malah menerusi posting terbaru, Clarisa dilihat mendapat kejutan hari jadi istimewa daripada pihak yang prihatin selepasĀ  videonya tular di media sosial.

View this post on Instagram

Advertisement

A post shared by Warung Jurnalis (@warung_jurnalis)

Dia disambut dalam satu majlis meriah dengan pelbagai dekorasi termasuk dapat menikmati kek ‘sebenar’ berbanding buah-buahan yang disediakan orang tuanya sebelum ini.

Bagi Abdul Manan, ia adalah detik paling bermakna untuk anaknya apabila pertama kali disambut kerana tidak mampu untuk mengadakan majlis seperti itu.

Sumber: Instagram Warung Jurnalis

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending