Connect with us

WOW

Bos Cuci Kaki Staf Cemerlang, Sebagai Tanda Penghargaan Dan Terima Kasih

Pelbagai cara digunakan majikan untuk memastikan pekerja-pekerja mereka, rasa dihargai. Lebih-lebih lagi, buat staf yang cemerlang sepanjang mereka berkhidmat di syarikat tersebut.

Lain syarikat, lain pula cara mereka untuk menghargai pasangan masing-masing. Sebuah syarikat kosmetik di China, pengurus atau ketua, rela hati untuk menawarkan khidmat cuci kaki pekerja cemerlang syarikat mereka.

Cuci sambil melutut pulak tu!

Dalam satu video yang tular, menunjukkan gelagat beberapa orang pegawai sebuah syarikat kosmetik tersebut, membasuh kaki pekerja yang mencatatkan jualan yang tinggi. Penghargaan ini telah dibuat dalam sebuah majlis penghargaan yang dibuat khas baru-baru ini.

Ketua dan pegawai besar syarikat turut serta…

Rakaman berkenaan juga memaparkan presiden dan juga pegawai eksekutif menunduk dan membuka kasut pekerja cemerlang mereka sebelum membasuhnya. Ramai pekerja disitu turut teruja dengan aktiviti berkenaan dan sekaligus mengubah suasan menjadi sangat meriah

Syarikat unik ini dikenali sebagai sebuah syarikat yang menjual produk kosmetik di Jinan, wilayah Shandong, timur China.Menurut laporan media China, acara itu diadakan bagi menghargai pekerja yang berjaya mencatatkan jualan yang tinggi

Tidak kisahlah sebesar mana ataupun seperti apapun bentuk perhargaan tersebut, pastinya para pekerja akan rasa disayangi dan dihargai.

Sumber: Daily mail.

Continue Reading
Advertisement

Trending