Connect with us

Inspirasi

Bosan Tak Boleh Berniaga, Makcik Buat Kuih & Sedekah Petugas2 Di Desa

Bagi para peniaga dan penjaja, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kadangkala membuatkan mereka buntu tanpa melakukan sebarang aktiviti sibuk selain hanya duduk di rumah.

Disebabkan perkara itu, seorang makcik yang menggelarkan dirinya sebagai Babu membuat amal jariah dengan memberi sumbangan kuih dan air mineral untuk jururawat yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Sabah.

Perkara itu dikongsi salah seorang jururawat, Aivlys Lyra Jane dengan memuat naik beberapa keping gambar makcik itu yang bersungguh-sungguh menghantar makanan tersebut.

“Saya didatangi oleh seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Babu.. Dia tanya, boleh ke Babu beri sedekah kuih dan air mineral. Tadi baru sedekah di balai polis.

“Terharu kami Babu. Dia sambung lagi, kan tak boleh menjual, Babu bosan.. elok dihantar bagi sedekah kepada kamu.
Moga diberkati Babu. Baiknya hati,” tulis jururawat berkenaan.

Walaupun Babu memakai topeng muka, tetapi terpancar raut wajah gembira apabila dapat menghargai penat lelah petugas yang sentiasa berkhidmat demi masyarakat.

Posting berkenaan menerima reaksi positif warganet yang rata-rata turut terharu dengan tindakan makcik tersebut dan berharap agar beliau sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber : Aivlys Lyra Jane

Continue Reading
Advertisement

Trending