Connect with us

Infozon

Bonito Flakes Taburan Wajib Takoyaki, Sayap Kelkatu Antara Nama Popular Di Kalangan Netizen

Secara umumnya Takoyaki merupakan snek yang berbentuk bulat dan berasal dari Jepun. Ianya merupakan gabungan antara sotong (tako) dan bancuhan tepung (yaki-bebola tepung). Snek yang sudah pun popular di Malaysia ini dihiasi dengan sos, mayo dan bonito flakes.

Kebanyakan orang ramai tidak mengetahui kepingan apa yang diletakkan di atas takoyaki itu. Disebabkan itu juga terdapat netizen yang memanggilnya sebagai kulit bawang, kulit tuna dan kepingan sotong kering.

Kelkatu punya kepak

Walau bagaimanapun masih terdapat ramai netizen yang menmanggilnya sebagai sayap kelkatu.

Ingatkan ‘kulit kaki’

Malah ada juga netizen yang memanggilnya sebagai ‘kulit kaki’.

Kepingan yang ‘bergerak’ di atas takoyaki itu dipanggil sebagai kepingan bonito yang diperbuat daripada ikan tongkol. Proses membuatnya dimulakan dengan merendam ikan di dalam air mendidih bagi melembutkan isinya.

Advertisement

Kemudian ikan itu dibuang kulit dan tulangnya sebelum disalai beberapa hari sehingga mendapat tekstur yang keras. Seterusnya ia dijemur atau dikeringkan di bawah matahari ataupun di dalam bilik pengeringan.

Proses itu diulang beberapa kali dan ada pendapat yang mengatakan selama 6 bulan bagi memastikan ianya keras dan menyerupai blok kayu.

Selepas itu ikan tongkol yang telah menjadi keras itu akan dihiris nipis seperti kulit bawang.

Oleh sebab itu, bonito flakes nama lainnya, ‘Katsuo-bushi’ dikatakan sebagai antara makanan paling kering di dunia kerana hanya mengandungi kira-kira 10% air.

Sumber: TikTok @lizzleeza

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending