Connect with us

WOW

“Boleh Mati Sebab Nak Tunaikan Amanah Tuhan…” -Kenyataan Asri Janggut Ditepis!

Minggu ini, hangat diperkatakan mengenai satu tindakan lelaki yang dikenali sebagai Asri Janggut telah membongkarkan kepada umum mengenai aktiviti perjudiaan dan juga penjualan rokok haram yang berlaku berdekatan dengan kedainya iaitu Hot Burger Malaysia.

Pendedahan tersebut bukan sahaja membawa kepada penahanan 4 orang anggota MBSA, malahan turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara yang meminta agar anggota berkuasa melakukan siasatan terhadap hal tersebut.

“Main bajun ja cakap, tak pandang kiri kanan…”

Tindakan berani Asri Janggut yang mendedahkan perbuatan haram berkenaan telah menyebabkan rakyat Malaysia memuji dan menyanjungnya.

Namun begitu, kenyataan Asri  baru-baru ini yang mendakwa kebanyakkan anggota  polis dan tentera ini tidak menjaga solat telah meraih kecaman ramai. Disebabkan itu, salah seorang anggota beruniform tampil untuk menepis segala dakwaan yang telah dibuat oleh Asri Janggut berkenaan di Twitter.

 

“Bila dah cukup perfect imannya…”

Penyataan anggota berkenaan mendapat sokongan daripada para pengguna Twitter yang lain. Rata-ratanya setuju dengan pendapatnya dan berharap agar orang ramai tidak melulu menghakimi ibadah seseorang.

“Anggota yang jaga solat ni yang patut terasa…”

“Golongan agamawan pun tak pernah judge orang…”

Tak semua yang macam tu…

Menyedari kenyataannya telah dikecam oleh orang ramai, Asri Janggut telah memohon maaf diatas keterlanjuran kata-katanya itu dan rasa kesal dengan apa yang dinyatakan sebelum ini.

Sumber: Twitter. 

Continue Reading
Advertisement

Trending