Connect with us

WOW

Blue Java, Pisang Berwarna Biru Yang Mempunyai Rasa Seperti Aiskrim Vanila, Hanya Di Asia Tenggara

Tahukah anda ada spesis pisang yang diberi nama “Pisang Jawa Biru” dimana kulit dan isinya berwarna biru. Yang lebih menarik lagi, orang kata rasanya seakan-akan perisa vanila.

Bukan sahaja berbeza dari pisang yang ada di pasaran, malahan rasanya yang unik juga membuatkan ramai yang tertanya-tanya dari manakah asalnya pisang ini?

Dikenali sebagai pisang Hawaii, di Fiji

Pisang yang berasal dari Asia Tenggara ini sudah mula tersebar meluas ke kepulauan Hawaii, Fiji, Filipina dan Australia. Pisang ini juga berasal dari kelompok pisang raja.

Pisang Jawa Biru ini adalah kacukan langka Musa acuminata dan Musa balbisiana, dan difahamkan pisang ini dapat bertahan dalam iklim dingin hingga -7 ° C.

Pisang ini kebanyakkannya ditanam di Hawaii dan beberapa bahagian di Asia Tenggara dan Amerika Tengah sejak tahun 1920-an.

Advertisement

Spesies pisang ini disebut dengan nama ‘pisang Hawaii’ di Fiji, ‘Krie’ di Filipina, dan ‘Cenizo’ di bahagian tertentu di Amerika Tengah.

Adakah warnya memang semula jadi biru?

Sebelum mereka masak, pisang Jawa Biru mempunyai kulit biru atau biru-hijau keperakan kerana lapisan lilin yang semula jadi. Walau bagaimanapun, warna biru ini pudar perlahan ketika mereka matang, dan menjadi kuning pucat.

Selain daripada itu, difahamkan yang kulit pisang ini jika belum masak sepenuhnya ia akan berwarna biru seakan-akan hijau serta isinya pula berwarna putih dan mempunyai biji hitam.

Mempunyai rasa dan konsistensi ais krim vanila

Bukan sahaja mempunyai warna yang unik dan cantik, ia juga turut dikenali sebagai “pisang ais krim” kerana rasanya yang seakan-akan berperisa vanila.

Pisang Jawa Biru ini juga mempunyai rasa semula jadi dalam teksturnya yang lembut dan berkrim. Oleh sebab itulah, mereka digelar sebagai ‘pisang ais krim’ di Hawaii, dan dikatakan pisang ini merupakan antara jenis pisang yang paling sedap di dunia.

Advertisement

Menerusi perkongsian dari seorang pengguna Twitter, dia mengatakan yang rasa pisang ini tidak ubah seperti ais krim.

“Review youtube” tidak bersetuju dengan rasanya

Meskipun ada sesetengah orang mengatakan rasanya seperti Vanila namun ada juga individu yang tidak bersetuju dengan rasanya dan mengatakan yang ulasan di Internet mengenai buah biru ini agak berlebihan dan melampau.

Akan tetapi, gambaran rasa yang diberikan oleh pisang ini membuatkan ia antara buah yang cukup unik dan tergolong dalam makanan yang eksotik.

Advertisement

Seorang penulis yang kuat berangan dan habiskan sisa masa dengan binge-watching Netflix

Continue Reading
Advertisement

Trending