Connect with us

WOW

Bingung Masih Belum Jumpa ‘Jodoh’, Jejaka Kerdil Minta Tolong ‘Polis’ Cari Calon Isteri

Soal mencari jodoh bukanlah sesuatu yang mudah. Kadangkala, insan yang memiliki rupa paras menarik juga sukar untuk bertemu jodoh yang serasi.

Walaupun dah lama berusaha, masih belum ada yang sudi menerima diri seadanya. Begitulah yang dialami oleh seorang jejaka berasal dari India ini sehingga terpaksa meminta bantuan polis untuk mencari jodoh.

Biasanya, kita minta bantuan polis untuk kes-kes melibatkan jenayah, kan? Namun lain pula bagi lelaki bernama Azim Mansoori ini. Dia sudah lama berikhtiar mencari jodoh dan nekad meminta bantuan pihak polis cari calon isteri.

Difahamkan lagi, jejaka berumur 26 tahun terbabit merupakan seorang lelaki kerdil yang memiliki ketinggian 60 sentimenter. Katanya, keadaan fizikal tersebut adalah punca utama dia mencari pasangan hidup.

Disebabkan kisah sebegitu jarang berlaku, pihak polis pun pening kepala memikirkan bagaimana mahu membantu Azim untuk mencari jodoh.

Menurut jurucakap polis, pihaknya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mencari calon pasangan buat mana-mana individu. Namun, lelaki kerdil itu tetap tidak berputus asa dan tetap mahu mencari pasangan hidup dengan pertolongan polis.

Selain pihak polis, kakak dan keluarga Azim turut berusaha mencarikan bakal isteri buat dirinya. Oleh kerana fizikalnya yang lemah, pihak keluarga mahu mencari seseorang yang boleh menjaga dirinya dengan baik.

“Kami berusaha melamar banyak orang termasuk seorang wanita dari Modarabad dan sedang dalam perancangan untuk berjumpa dengannya,” kata salah seorang ahli keluarganya.

Dalam pada itu, bercerita tentang zaman persekolahannya, Azim memberitahu dirinya seirng dihina dan diejek berikutan keadaan fizikalnya yang kerdil sehingga dia terpaksa berhenti sekolah.

Tambahnya lagi, sejak memikirkan soal jodoh beberapa tahun ini, dia tidak dapat tidur malam kerana risau memikirkan tentangnya.

Sumber: Harian Metro

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending