Infozon
Bina ‘Highway’ 50 Sentimeter Dari Rumah, Rakyat Mesir Kutuk Tindakan Kerajaan

Perancangan dalam penstrukturan binaan seharusnya mengikut kesesuaian sesuatu kawasan. Jika ia menggangu ataupun boleh mendatangkan bahaya kepada kawasan tumpuan penduduk, pihak kontraktor perlulah peka dengan hal tersebut.
Namun, perkara tersebut tidak berlaku di salah satu kawasan perumahan di Mesir apabila pihak kerajaannya membina lebuhraya yang begitu hampir dengan bangunan kawasan perumahan penduduk.
Dikritik penduduk
Menerusi Boredpanda, binaan lebuhraya itu seolah-olah hanya 50 sentimenter (cm) dari rumah penduduk. Hal tersebut membuatkan banyak pihak terutamanya rakyat yang tinggal di kawasan itu mengkritik kerajaan tempatan diatas pembinaan itu.
Binaan boleh disentuh dari bakoni rumah
Jambatan Teraet Al-Zomor atau lebih dikenali sebagai lebuhraya Raja Salman ini dibina betul-betul ditengah kawasan perumahan penduduk yang pastinya memberikan impak kepada kawasan kediaman itu.
Lebuhraya sepanjang 12 km itu dikatakan seolah-olah berada di hadapan balkoni rumah dan didakwa binaan itu boleh disentuh oleh mereka hanya berdiri dari kediaman masing-masing.
Tetap akan diteruskan
Walau bagaimanapun pembinaan lebuhraya yang memakan ribuan dolar itu juga akan diteruskan walaupun teruk dikritik penduduk tempatan dengan membayar pampasan kepada mereka yang terjejas diatas kerja-kerja pembinaan lebuhraya itu.
Sumber : Boredpanda

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit