Connect with us

Infozon

Bimbang Covid-19, Solat Jumaat Di Negeri Perlis Hari Ini Ditunda

Susulan peningkatan kes wabak coronavirus di Malaysia semakin meningkat, orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan perhimpunan berskala besar. Hal ini adalah disebabkan kes sebelum ini, iaitu seorang warga Brunei disahkan positif Covid-19 sejurus balik dari perhimpunan tabligh yang melibatkan 5000 peserta dari pelbagai negara.

Hari ini dimaklumkan negeri Perlis, mengarahkan agar solat jumaat di negeri itu ditunda pada hari ini. Keputusan ini telah dibuat setelah mendapat pandangan dan juga nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Jawatankuasa Fatwa negeri Perlis.

Menjunjung titah perintah & perkenaan DYMM Raja Perlis

Perhimpunan berskala besar & aktiviti agama dielakkan

Hentikan sebarang aktiviti buat masa ini

Diharapkan agar orang awam boleh mengikuti arahan dan saranan yang dikemukan oleh pihak-pihak berkuasa. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Mencegah sesungguhnya lebih baik daripada mengubati.

Sumber: Facebook MAIPs.

Continue Reading
Advertisement

Trending