Connect with us

Infozon

“Bila sakit mulalah salahkan takdir, salahkan genetiklah… Padahal…” -Lelaki Ini Dedah Bahaya Ketagihan Makanan Segera

Sebab utama kenapa ramai individu sangat gemar makan makanan segera adalah kerana ia mudah dan menjimatkan masa. Ditambah pula dengan kedai makanan segera yang dibuka 24 jam sehari sudah tentu mereka tidak kisah asalkan dapat mengisi perut yang lapar.

Seorang pengguna Facebook telah memuat naik status berkongsi ilmu pengetahuan beliau mengenai bahaya bahan-bahan kimia yang ditambah  dalam makanan sebagai pemanis, pengawet makanan ataupun penyedap rasa terutama dalam makanan segera.

FASTFOOD ITU BUKAN MAKANAN MANUSIA PADA ASALNYA
———————————————————————————-

“Kenapa mak-mak ni sibuk sangat makanan semulajadi lah, bahan kosmetik dan sabun pun nak semulajadi, semua bahan semualajadi itu pun sebatian kimia! Bajet bagus je tapi haram tak tahu sains” Kata Akimi sambil menyuap McD Big Mac ke dalam mulutnya penuh-penuh.

“Memang betul Kimi, air pun merupakan sebatian kimia iaitu dihidrogen oksida seperti yang selalu ramai orang trolling itu, tapi salah besar tu kalau samakan bahan kimia SINTETIK dan bahan kimia SEMULAJADI.” jelas Hafiz sambil tersengih.

“Ini seorang lagi bapak penakut kimia. Kemofobik macam kau ini lah jenis nak lariskan barang dengan takutkan orang.” Akimi mendengus. Dia memang dah lama bengang dengan Hafiz yang asyik sound je dia makan McD.

“Kimi kau ni belajar sains, kau tahu kan berapa banyak bahan yang letak dalam fries yang bro makan tu? Lebih 15 jenis bro!”.

“Kebanyakannya KIMIA SINTETIK.” Jelas Hafiz.

“Bro rasa buat apa fries tu letak banyak-banyak bahan kimia sintetik? Letak kentang dan garam kan dah cukup, bro rasa apa sebabnya McD letak banyak bahan dalam tu? 

“Itu aku pun tahu..

– Pengawet dan silikon nak bagi tahan lama.
– Perisa nak bagi lagi sedap dan ketagih.
– Kondisioner nak bagi ngam dengan rupa dan rasa.
– Gula untuk bagi warna cantik.

Tapi itu tak bermakna bahan itu bahaya. Bahan ini dah diuji selamat dan kuantiti di dalamnya pada paras yang dibenarkan bro. Halal JAKIM pun ada, tak cukup bagus lagi ke?” Bentak Kimi.

“Bro, ilmu manusia ini terhad dan fakta nutrisi dan keselamatan yang kita lihat banyak terdedah kepada manipulasi dan pengaruh industri. Cuba bro renung kembali mengenai lemak trans di dalam makanan. Selepas lebih 100 tahun diperkenalkan dan dikatakan selamat, barulah badan berwajib mengakui pada 2 tahun lepas lemak trans ini bahaya. Berjuta umat manusia dah mendapat kesan keburukan lemak trans ini pada jantung terutamanya.

Dulu fries yang bro makan tu goreng dalam lemak trans lah! Katanya terbukti selamat.” Geram dah Hafiz.

Makanan semulajadi ini seimbang secara semulajadi. Setiap bahan makanan yang kita makan ada kesan terhadap badan kita. Kesan positif atau negatif bergantung kepada pilihan makanan kita.” Jelas Hafiz lagi.

“Eleh, aku makan fastfood, aku exercise lah lepas tu. Yang pentingnya makan tu berpada. Bukan tiap-tiap hari pun makan, aku bakar balik kalori dengan joging petang-petang.” Ujar Kimi.

“Makanan ni bukan macam 1+1=2 bro. Bro makan Apple Pie tu bukan epal yang keluar kat mangkuk jamban tu. Salah anggapan bahawa kita makan ni kena jaga kalori saja untu kurus dan sihat.

Makanan boleh sebabkan gangguan hormon.
Ada makanan yang sebabkan alahan.
Ada makanan berpotensi cetuskan KANSER.

Ada bahan makanan yang tak beri kesan segera. Dia kumpul banyak-banyak dalam badan. Lepas dah 5-10 tahun baru dia keluar semua penyakit.

Ada orang rasa dia sihat tapi sebenarnya banyak penyakit dia tak sedar dah lama ada. Tunggu masa saja.”

Contoh lain kemungkinan kesan negatif makanan segera:

– Kita jadi ketagih susah nak tinggalkan makanan jenis ni. Asyik-asyik nak makan lagi. Boring takde kerja, cari fastfood.
– Berat badan susah betul nak turun walaupun dah workout exercise macam nak gila.
– Susah nak mula diet. Tak makan sikit gastrik datang. Badan lesu, penat, sakit kepala, cirit birit.
– Asyik stress saja, buat apa-apa kerja pun takde motivasi. Badan asyik “berangin” lemah, sakit-sakit dan emosi juga naik angin selalu.

Beza utama makanan banyak kimia sintetik makanan semulajadi:

Makanan semulajadi ini fitrah dengan badan kita. Ia menyokong badan berfungsi dengan baik. Ia tidak menyebabkan KERADANGAN dan KEROSAKAN seperti kanser.

Makanan semulajadi juga harmoni dengan hormon badan. Bila ambil makan ini, berat badan berlebihan akan turun secara AUTOMATIK.

Makanan semulajadi juga seimbang dari segi nutrisinya. Zat vitamin sintetik YANG DITAMBAH sudah tentu tidak boleh menandingi FORMULA TUHAN menghasilkan makanan semulajadi yang zatnya saling menyokong antara satu sama lain.

Makanan semulajadi juga jarang menyebabkan ketagihan jika diambil pada kuantiti biasa. Masalah obesiti dan berlebihan berat badan ini penyakit ketagihan makanan lah!

Kedua makanan semulajadi dan sintetik boleh menyebabkan alahan. Tapi saya percaya orang yang sudah biasa ambil makanan semulajadi ini lebih terhindar daripada penyakit alahan sebagaimana nenek moyang kita makan budu, belacan, seafood takde alahan pun.

Penyakit ini banyak datang daripada makanan yang kita makan. Jangan bila dah kena penyakit kita salahkan takdir, salahkan genetik, salahkan orang lain. Walhal kita punyai kuasa untuk buat pilihan yang lebih sihat.

Sekali sekala ambil bahan kimia ni badan kita mungkin boleh handle. Tapi jangan sampai ketagih pula. Itu lah tanda bermulanya bibit-bibit penyakit.

Semoga Allah lindungi kita daripada kerosakan akibat perbuatan manusia.

Sumber : Hafiz Sulaiman

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending