Connect with us

Cute

Biar Diri Bersemangat Cari Rezeki, Atuk Gojek Tunjuk Realiti Bekerja Guna TikTok!

Tidak kisahlah sama ada tua ataupun muda, selagi diri terdaya mencari rezeki pastinya akan diusahakan sedaya upaya. Bahkan, ramai yang tidak mahu menyusahkan orang lain dan hanya meminta-minta untuk mendapatkan semata-mata.

Di Twitter, sebuah video TikTok telah menjadi perhatian apabila seorang lelaki yang berusia, menggunakan medium tersebut untuk memaparkan realitinya menjadi seorang pemandu Gojek.

Lebih menarikanya, video atuk Indonesia ini dilihat setanding dengan pengguna-pengguna muda laman tersebut dan mempunyai kreativitinya yang tersendiri. Bukan setakat itu, selingan jenaka yang ada di dalam video berkenaan turut menggelikan hati netizen/

Walaupun baru pertama kali menghasilkan video menggunakan laman TikTok, paparan ini berjaya mengambil hati orang ramai daripada kalangan rakyat Malaysia dan Indonesia sendiri.

Bahkan di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar lelaki berusia ini dimurahkan rezeki serta sentiasa sihat agar dapat terus mencari rezeki buat kelangsungan hidupnya.

Sehingga kini, video atuk ini telah meraih hampir1.6 juta tontonan di laman Twitter. Manakala, beliau juga turut mendapat 44,300 ulang kicau dan lebih 128,000 tanda suka dalam kalangan netizen.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending