Connect with us

Inspirasi

Beza Umur 10 Tahun, Guru Kahwini Bekas Pelajar Sendiri

Ramai yang mempercayai jodoh merupakan perkara yang telah diaturkan tuhan. Setiap pertemuan berlaku atas tetapan dan pasti ada hikmah di sebaliknya.

Begitulah kisah seorang lelaki yang telah bertemu jodoh dengan bekas pelajarnya.

Melalui satu posting yang tular di TikTok, lelaki yang dikenali sebagai Cikgu Din menceritakan kisah manis bertemu suri hatinya.

Guru yang berasal dari Terengganu itu telah dihantar bertugas sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Sarawak. Semasa bertugas, Cikgu Din mengenali dengan seorang gadis yang juga pelajarnya.

Beliau juga mengakui, hubungan mereka pada awalnya hanya sebagai guru dan pelajar.

Namun, jika sudah tertulis gadis itu jodohnya siapalah Cikgu Din untuk menolak walaupun berbeza umur 10 tahun. Mereka telah selamat disatukan pada 12 julai yang lalu.

“Siapa sangka teacher dan student dah jadi husband and wife” itulah kapsyen yang ditulis Cikgu Din pada postingnya.

Posting Cikgu Din mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih lebih 1 juta tontonan. Video tersebut juga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang kagum serta mahu mengetahui lebih lanjut kisah percintaan mereka.

Tahniah diucapkan kepada CIkgu Din bersama pasangan. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke Jannah.

Sumber: cik_dien92, Lobak Merah

Continue Reading
Advertisement

Trending