Connect with us

Inspirasi

Bertuah Dapat Buka Puasa Depan Kaabah, Masih Sunyi Tanpa Jutaan Jemaah

Hampir dua bulan setengah kerajaan Arab Saudi menyekat pelaksanaan ibadah umrah di Makkah dan Madinah kepada umat Islam seluruh dunia bagi menghalang penyebaran wabak Covid-19.

Bagi segelintir individu yang bekerja dan menetap di Tanah Suci, mereka disifatkan amat bertuah kerana dapat menikmati keindahan bulan Ramadan dengan penuh rasa kesyukuran.

Terbaru, sebuah video dikongsi IlmFeed di laman Instagram memaparkan beberapa individu mendapat peluang berbuka puasa di hadapan Kaabah sambil berlatarbelakangkan seruan azan.

“Beberapa orang yang bernasib baik berpeluang untuk berbuka puasa di hadapan Kaabah. Kebiasaannya, masjid penuh pada bulan Ramadan dengan ribuan biji kurma dan cawan air diedarkan untuk orang ramai berbuka puasa,” tulis posting tersebut.

Rata-rata umat Islam mengucapkan syukur selain memiliki hasrat bagi menjejakkan kaki ke sana dan bagi yang pernah mengerjakan ibadah, mereka turut merindui suasana di tanah suci.

Moga kita diberi peluang ke sana

Golongan yang bertuah!

Setiap saat merindui tanah suci

Sumber : IlmFeed

Continue Reading
Advertisement

Trending