Connect with us

Inspirasi

‘Berteriak’ Dalam Enjin Kereta, Polis & ‘Nurse’ Bersatu Selamatkan Anak Kucing

Para pencinta haiwan sudah tentunya gembira dengan sikap masyarakat yang mahu mengambil berat terhadap binatang terutamanya yang berpeleseran di jalanan. Malah, alangkah bagusnya jika segenap lapisan masyarakat mampu menanam sikap tanggungjawab dan empati dalam diri terhadap haiwan-haiwan terbiar ini.

Sebuah berita tular di Thailand, pastinya membuatkan para pencinta haiwan menangis kegembiraan apabila melihat kepingan-kepingan foto, seorang anggota polis dan petugas kesihatan bersatu hati menyelamatkan anak kucing yang terperangkap dalam enjin kereta.

Anak kucing yang berwarna putih tersebut telah berjaya dikeluarkan oleh anggota polis yang bertugas di jalan selepas 20 minit tersangkut di dalam enjin kereta milik nurse tersebut.

Lebih mengharukan apabila, sebilangan pengguna jalan raya dilihat memberhentikan kereta mereka dan menghulurkan pertolongan kepada mereka ini untuk menyelamatkan anak kucing yang terperangkap itu.

Sesi keluarkan anak kucing yang tersekat!

 

 

Setelah 20 minit bekerjasama & berkerah tenaga

Terima kasih kerana membantu frontliner!

Diletakkan ke dalam kotak & tempat yang lebih selamat

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending