Inspirasi
Bersungguh Cakap Melayu! Imam Mekah Doakan Rakyat Malaysia Bebas Wabak Bahaya

Imam dari Masjid Abbad Makkah, Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia dilindungi daripada bahaya wabak Covid-19 yang kini telah mencecah 45 kes kematian.
Lebih terharu apabila beliau yang sering menjadi imam pada bulan Ramadan di Malaysia bertutur dalam Bahasa Melayu walaupun kurang fasih sebelum menadah tangan berdoa selama beberapa minit.
Menurut Mohammad Sharif, beliau menunaikan permintaan beberapa sahabatnya di Malaysia yang memohon agar menitipkan doa buat kesejahteraan rakyat negara ini.
“Mereka minta imam (saya) doa untuk Malaysia, Allah selamatkan kita daripada bala wabak koronavirus. Mohon dengar dan kongsi video ini,” katanya.
Pada penghujung video berdurasi empat minit itu, beliau memberikan beberapa amalan dan zikir harian serta surah al-Quran untuk diamalkan supaya kita semua dilindungi Allah SWT.
Posting video tersebut dikongsi menerusi laman Facebook Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan sehingga mendapat 10,000 perkongsian serta 13,000 tanda suka.
Rata-rata warganet memberikan komen dimana ramai meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada imam tersebu kerana sudi mendoakan semua rakyat di negara kita.
Sumber : Zahida Zarik Khan

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit