Connect with us

WOW

Berpakat Sama Keluarga Kekasih, BF ‘Fly’ Pergi Sabah Jumpa Teman Wanita

Setiap individu pastinya mempunyai cara mereka tersendiri untuk bahagiakan pasangan masing-masing. Tak kisahlah sama ada memewahkan mereka dengan harta benda ataupun pelbagai cara, usaha tersebut pastinya akan dihargai.

Tetapi, yang paling penting adalah keikhlasan dan kesetiaan antara setiap pasangan untuk saling menghargai diri masing-masing.

“Tiba2 dia ada kat Sabah!!!”

Di Twitter, sepasang kekasih berjaya meraih perhatian dan membuat ramai kagum dengan kisah percintaan jarak jauh mereka. Teman lelaki gadis berkenaan senyap-senyap berkunjung ke Sabah tanpa pengatahuannya.

Lebih mengujakan, teman lelaki wanita itu berpakat dengan keluarga keksihnya untuk merancang perjumpaan mereka di lapangan terbang.

“Tengoklah macam mana dia plan nak buat kejutan…”

https://twitter.com/miloaistknkais/status/1285458503386071040

“Dah lama plan dengan mama & papa…”

Tiba2 tengah tunggu dihadapan pintu KFC

Di ruangan komen, ramai yang memuji usaha teman lelaki gadis ini dan mendoakan agar hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending