Connect with us

Detik

Berniat Nak Rampas Rumah, Pendatang Israel Bertikam Lidah Dengan Wanita Palestin

Baru-baru ini, tular rakaman video memperlihatkan seorang pendatang Israel bergaduh dengan wanita muda Palestin selepas lelaki berkenaan cuba merampas rumah keluarga terbabit di kawasan Sheikh Jarrah, Baitulmaqdis Timur.

Memetik laporan Al Jazeera, video itu dirakamkan oleh aktivis Palestin bernama Tame Maqalda.

Dalam video itu, wanita bernama Mona al-Kurd,22 mempersoalkan tindakan lelaki itu yang dikatakan cuba merampas rumahnya.

Ceroboh & cuba merampas rumah rakyat Palestin

“Jacob, anda tahu bahawa ini bukan rumah anda. Namun, kamu mengambilnya daripada saya. Tiada siapa yang boleh mengambil rumah ini daripada saya,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan membalas tuduhan wanita tersebut dengan bersahaja.

“Ya, tetapi jika saya pergi, anda tidak akan kembali, jadi apa masalahnya? Mengapa kamu menengking saya?
“Sekiranya saya tidak mencuri rumah anda, orang lain akan melakukannya.
“Ini (rumah) bukan milik saya untuk mengembalikan kepadamu,” katanya kepada Mona.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kejiranan Sheikh Jarrah menyaksikan beberapa siri demonstrasi oleh rakyat Palestin.

Mereka dikatakan memprotes perintah Israel supaya mengosongkan kediaman dan tindakan itu susulan pembersihan etnik yang bermula dengan Nakba (penjajahan Israel ke atas Palestin) pada 1948.

Sumber: Al Jazeera, Twitter @RamAbdu

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending